Connect with us

Berita Lain

‘Jangan Dengar Usaha Renggangkan Anwar, Mahathir’ – Azizah


PUTRAJAYA, 6 Jun — Timbalan perdana menteri menasihati orang
ramai agar tidak mempercayai “usaha merenggangkan” suaminya dengan perdana
menteri.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga mahu spekulasi
masalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad dihentikan, lapor
Malaysiakini.
“Cukuplah. Kalau ada desas-desus orang nak cakap [tentang
perkara] ini, adalah mereka yang nak regangkan [hubungan]. Janganlah dengar,”
katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Memang Anwar, saya, kita sekeluarga, Nurul [Izzah], kita
komited dalam kendalikan kerajaan sekarang ini untuk tangani masalah negara
kita.
“Kita mahu diingati sebagai rakyat Malaysia, ia bukan
mengenai kedudukan.”
Dalam wawancara portal itu, Wan Azizah menafikan Anwar bagai
tidak sabar mahu menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
“Kalau Anwar betul tidak sabar [jadi perdana menteri], dia
tidak masuk penjara 20 tahun [yang lalu],” katanya, merujuk krisis dua tokoh
negara itu pada 1998.
“Dia [Anwar] sudah kata tidak akan ambil peranan sebagai
menteri pun dan ini adalah untuk Tun [Dr Mahathir] kendalikan kerajaan.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ditanya mengenai pengalaman dan gaya kepimpinan Dr Mahathir,
Wan Azizah berkata perdana menteri seorang yang anjal dan tidak mengongkong.
“Tun beri saya ruang dan peluang untuk saya berkembang dan
tidak ada had untuk saya jika saya ingin tahu atau dapatkan nasihat dan pandangan.
“Saya tidak dikongkong. Beliau beri saya ruang untuk beri
idea dan pandangan dalam perbincangan,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel