Connect with us

Berita Lain

Pilu si anak hilang bapa



TINDAKAN pemandu treler mengubah laluan secara tiba-tiba menyebabkan penunggang motosikal warga Indonesia maut, manakala anak perempuannya cedera dalam kemalangan di Kilometer 2.0 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala ke Kepong dekat Petaling Jaya, semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam kejadian pada 4.10 petang itu, mangsa Budi Arifin, 32, disahkan maut di lokasi kejadian, manakala anaknya, Siti Aishah, 8, patah tangan.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu treler berusia 54 tahun yang mengubah laluan ke kanan secara tiba-tiba.


“Tindakan pemandu itu menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal Honda RS 150 tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tengah tayar treler berkenaan yang membawa muatan tanah merah.


“Mangsa yang parah di bahagian kepala disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.


Katanya, anak perempuan mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik PPUM untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel