Connect with us

Berita Lain

1MDB: Bekas Pegawai Goldman Mahu Beri Kerjasama


Bekas pegawai tinggi Goldman Sachs Group Inc Tim Leissner
kini dalam perbincangan dengan pendakwa Amerika Syarikat (AS) berhubung
kemungkinan untuknya mengaku bersalah terhadap dakwaan jenayah mencuri
berbilion ringgit dana 1MDB, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ) semalam.
Laporan itu memetik sumber yang berkata, Leissner mahu
mendapatkan persetujuan daripada pihak pendakwa yang akan melibatkan
kerjasamanya dengan siasatan kerajaan AS terhadap 1MDB dan Goldman Sachs.
Dia merupakan bekas pengerusi Goldman Sachs bagi Asia
Tenggara dan orang utama dalam penjualan tiga bon 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bank itu membantu meraih meraih bon bernilai AS$6.5 bilion
(RM26.16 bilion mengikut kadar semasa) untuk 1MDB pada 2012 dan 2013 dan
mendapat komisen AS$593 juta (RM2.397 juta).
Leissner mungkin mengaku bersalah terhadap dakwaan mencabuli
Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing yang melarang penggunaan rasuah terhadap
pegawai asing dengan tujuan mengekalkan atau mendapatkan perniagaan, menurut
sumber yang arif dengan kes itu.
Pendakwa akan menentukan sama ada maklumat yang diberi
Leissner akan membantu siasatan sebelum setuju dengan rayuan, kata seorang
pakar perundangan.
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dalam saman sivilnya mendakwa
sejumlah AS$4.5 bilion (RM18.11 bilion) telah diambil daripada dana 1MDB –
syarikat cetusan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Leissner dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan ahli
perniagaan Jho Low yang didakwa penyiasat sebagai dalang utama penipuan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 2016, penyiasat AS sedang menyiasat sama ada Goldman
Sachs memperdaya pemegang bon ketika ia menjual cagaran yang dikeluarkan 1MDB.
Dokumen mahkamah AS menyatakan akaun itu digunakan untuk
menyalurkan kira-kira AS$1.4 bilion (RM5.64 bilion) daripada dua penjualan bon
pada 2012.
Selain AS, pihak berkuasa Singapura juga dilaporkan
menyiasat urus niaga bon antara Low dan Leissner.
Leissner meninggalkan Goldman Sachs pada 2015 selepas
digantung susulan dakwaan mencabuli dasar syarikat dan dihukum 10 tahun
larangan urus niaga di Singapura ekoran kesalahan berkaitan transaksi 1MDB.
“Sejak Leissner digantung, kami mendapati beberapa kegiatan
yang dilakukannya secara sengaja disembunyikan daripada pengetahuan
firma,” kata seorang jurucakap Goldman Sachs.
“Kami akan terus berkerjasama dengan pihak berkuasa
yang berkaitan,” katanya lagi.
Jurucakap bagi Pejabat Peguam AS di Brooklyn dan jurucakap
DOJ enggan mengulas perkara ini.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel