Connect with us

Berita Lain

“Kalau Bapa Saya Tak Sakit, Dia Mesti Ikut Tun M”- Aizat Amdan


PENYANYI Aizat Amdan memberitahu single baharunyaa berjudul
Harapan Menjadi Nyata  adalah nukilan
bapanya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M.
Aizat, 29, berkata, bapanya iaitu Datuk Amdan Mat Din
terlalu mengagumi kepimpinan Tun M dan menganggap negarawan itu sebagai idola
sejak bergelar Perdana Menteri ke-4 lagi.
“Ayah saya selalu bercakap tentang Tun M dalam setiap topik
perbualannya. Buku-buku tentang Tun semua dia ada.
“Selepas dia bersara tujuh tahun lalu dia ada banyak masa
untuk tulis luahan hati kepada idolanya itu dan minta saya cari melodi untuk
dijadikan lagu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi, inilah lagunya khas untuk memberi penghormatan kepada
Tun M yang sudah berjasa kepada Malaysia begitu lama,” ujarnya kepada mStar
Online.
Aizat ditemui pada majlis pelancaran single berkenaan yang
diadakan di Menara TSR, di sini, Isnin.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Jangan Menangis ini berkata, keadaan
kesihatan bapanya terjejas sejak diserang strok setahun lalu.
Katanya, bahagian kanan badan bapanya lumpuh dan hanya mampu
menggerakan tangan dan kaki kiri sahaja.
Tambah Aizat, dia pasti bapanya antara individu yang gembira
dengan kemenangan Tun M dan dipilih menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
“Saya tidak sangka Tun M akan naik sebagai Perdana Menteri
untuk kali kedua. Sayangnya ayah saya sakit kalau tidak dia tentu gembira.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kalau bukan sebab sakit saya pasti ayah saya antara yang
aktif menyokong kepimpinan Tun. Dia akan ikut ke mana-mana Tun pergi walaupun
berdiri hanya dari jauh sahaja,” ujarnya.
Dalam pada itu, Aizat berkata, lagu Harapan Jadi Nyata
pernah dinyanyikan bersama penyanyi Suki Low dan Lorence Soosai dalam sebuah
majlis penghormatan buat Tun M pada tahun 2011.
Namun, ia tidak dirakam dan dikeluarkan secara rasmi.
“Sebenarnya kami tak rancang pun nak keluarkan lagu berunsur
politik. Tapi selepas mendapat kerajaan baru pada 10 Mei lalu, keadaan dan
susana negara berubah.
“Jadi saya fikir sangat sesuai untuk single ini dikeluarkan
secara rasmi sebagai tribute untuk kota ingat selama-lamanya,” ujarnya.
Aizat berkata single ini bukan sahaja menjadi tanda
penghormatan buat Tun M, tetapi juga hadiah ulang tahun perdana menteri itu
yang ke-93 pada Selasa (hari ini).

– mStar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel