Connect with us

Berita Lain

Dr Muhammed dilantik penasihat ekonomi PM

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Dr
Muhammed Abdul Khalid sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri.
Muhammed yang berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam
sektor ekonomi dan kewangan ketika ini juga merupakan ketua sekretariat Majlis
Penasihat Kerajaan, lapor Malaysiakini.
Nama Muhammed mula menjadi sebutan ramai sebelum ini apabila
beliau tampil menjadi seorang daripada tiga panel jemputan stesen TV kerajaan,
RTM, yang membincangkan hal-hal berkaitan ekonomi.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu dipuji kerana dilihat
bersikap berani dan berterus terang ketika mengupas isu GST dan belanjawan
2018.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan
di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia, dan Penganalisa Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa
Malaysia (ISIS), Malaysia.
Di samping itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai
Penasihat Teknikal Kanan di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNDP) Malaysia.
Muhammed juga merupakan penulis buku The Colour of
Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia.
Pelantikan Muhammed berkuat kuasa 27 Ogos.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel