Connect with us

Berita Lain

Najib, Azmin ‘tidak tahu’ usaha pujuk wakil PH lompat parti


Bekas pemimpin Barisan Nasional, dan juga pemimpin Pakatan
Harapan, masing-masing tidak tahu usaha mengajak wakil-wakil rakyat PH melompat
parti.
Perdana menteri dan pengerusi BN waktu itu Datuk Seri Najib
Razak tidak mengetahui dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyebut kemenangan
PH lewat diumumkan akibat masalah itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika ada pihak lain [berbuat begitu] maka saya tidak tahu
apa-apa. Namun, pastinya tiada arahan seumpama itu pada malam tersebut,” kata
Najib di lobi Parlimen hari ini.
Dalam wawancaranya dengan majalah Mekong Review, Dr Mahathir
mendedahkan “ada banyak percaturan” yang menggugat gabungan tersebut pada 9 Mei
lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kerana hal ini pengumuman kemenangan kami dilambatkan,”
katanya seperti dimuatkan di portal majalah kebudayaan dan politik itu hujung
minggu lepas.
“Kami tahu kami sudah menang pada 8.30 malam tetapi kami
tidak dapat pengumuman rasmi sehingga 2 pagi kerana dalam tempoh singkat itu,
ada banyak percaturan yang tidak jelas kepada orang ramai.”
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin juga tidak tahu dengan
cubaan tersebut, yang disebut Dr Mahathir “cubaan dari dalam untuk menafikan
kejayaan kami.”
“Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh perdana menteri
atau dari mana maklumat yang beliau dapat, tetapi apa yang saya dengar dan
lihat pada malam itu tidak seperti yang dikatakannya,” kata bekas menteri itu.
Tambahnya, kalaulah ada percubaan berbuat demikian, pastilah
usaha itu datang daripada pemimpin atasan mana-mana parti terbabit.
Sementara itu timbalan presiden PKR tidak mengetahui cubaan
untuk memujuk wakil-wakil rakyat PH, sama ada oleh Umno atau PAS, untuk
menubuhkan kerajaan Melayu.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan semua ahli parlimen
PH berkumpul di sebuah hotel di Petaling Jaya dan menyokong kepemimpinan Dr
Mahathir, lapor Berita Harian.
“Saya tidak tahu wujud cubaan untuk menarik ahli parlimen PH
kerana apa yang saya faham ialah PH sudah mencapai konsensus akan menyokong Dr
Mahathir sebagai perdana menteri,” katanya.
“Lebih baik [media] dapatkan penjelasan lanjut daripada Dr
Mahathir sendiri.” – Projek MM

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel