Connect with us

Mahkamah

Rayuan tangguh perbicaraan kes 1MDB ditolak

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan penangguhan perbicaraan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Rahman Sebli sebulat suara membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Peguam Negara, Tommy Thomas, untuk menangguh perbicaraan 1MDB atas alasan perbicaraan SRC International Sdn Bhd (SRC) kini masih berjalan.

Loading…

Dalam keputusannya, Abdul Rahman berkata, panel itu mendapati tiada sebab munasabah untuk membenarkan permohonan itu.

Katanya, Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dari segi fakta atau undang-udang dalam menggunakan budi bicara dan kebijaksanaannya menolak permohonan itu.

Advertisement

“Mahkamah memutuskan Hakim Mahkamah Tinggi tidak ada membuat apa-apa kesilapan yang boleh dirayu bagi mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.

“Jadi, rayuan ditolak dan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dikekalkan,” katanya yang bersidang bersama Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim, seperti dilapor Berita Harian.

Sebelum ini permohonan penangguhan perbicaraan kes itu gagal sebanyak tiga kali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 19 Ogos hingga 29 Ogos depan yang kemudian akan bersambung sepanjang September serta Oktober hingga 14 November.

Terdahulu, Tommy hari ini sekali lagi memaklumkan kepada mahkamah perbicaraan kes SRC yang turut dihadapi Najib dan sedang berjalan ketika ini, kemungkinan tidak dapat diselesaikan sehingga 15 Ogos depan.

Beliau berkata, ini juga kali pertama pihak pasukan pendakwaan dan pembelaan sebulat suara dan masing-masing menyokong tarikh perbicaraan kes itu ditangguhkan.

Advertisement

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang tidak membuat sebarang bantahan terhadap permohonan Tommy turut berhujah bahawa permohonan itu bagi memastikan perbicaraan adil dan mempunyai hak pembelaan yang lengkap.

Sementara itu, Muhammad Shafee ketika ditemui di luar mahkamah berkata, keputusan pihak pembelaan adalah konsisten iaitu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi adalah salah dengan tidak membenarkan penangguhan kes 1MDB kerana kes SRC belum selesai.

“Jadi kalau kes SRC belum selesai, peguam daripada pihak defendan akan terbelah bahagi dan ini menyusahkan, selain memberi kesan kepada perbicaraan adil serta hak pembelaan yang lengkap.

“Jadi kita akan merayu lagi (untuk penangguhan tarikh perbicaraan),” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel