Connect with us

Terkini

SPRM Kaji Elemen Rasuah 101 Tender Rundingan Terus

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  akan menjalankan kajian menyeluruh bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung dakwaan kelulusan  101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.



SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata ia akan mendapatkan senarai 101 projek yang dikatakan diberi secara runding terus semasa pentadbiran terdahulu daripada Kementerian Kewangan

“SPRM menggesa semua pihak untuk memberikan ruang kepada suruhanjaya ini untuk meneliti perkara berkenaan,” kata suruhanjaya itu yang turut mengesahkan menerima beberapa memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan hari ini berhubung isu tersebut.


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam mendedahkan pentadbiran negara ketika diterajui Pakatan Harapan meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Advertisement

–BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel