Friday, December 05, 2025

Nik Ezanee Turun Padang Lagi, Kali Ini ‘Damaikan’ 2 Jiran Berselisih Faham Dan Siap Beri Buah Tangan

February 8, 2021
1 min read

Keperibadian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal yang sangat prihatin dan ‘dekat’ di hati orang awam tidak perlu dinafikan lagi.

Saban hari, pasti ada sahaja khidmat baktinya dalam menyantuni orang awam yang dalam kesusahan, biarpun beliau sendiri sibuk menggalas amanah yang berat di bahu sebagai ketua polis daerah.

Imbas kembali, Nik Ezanee pernah menyentuh hati ramai pihak apabila beliau sudi menghadiahkan sebuah telefon baharu buat seorang remaja peniaga burger yang menjadi mangsa kecurian pada bulan lepas.

Baru-baru ini pula, terjadi satu perselisihan faham melibatkan dua keluarga di sebuah kawasan kejiranan di Petaling Jaya dan kes itu ‘sampai’ ke kaunter aduan Balai Polis Sungai Way.



“Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin dan mempunyai semangat kejiranan, Nik Ezanee bersama Ketua Polis Balai Sungai Way, Inspektor Zulfadly Yacob telah mengambil satu inisiatif dengan meluangkan masa menjenguk kedua-dua jiran tersebut.

“(Ianya bertujuan) untuk bertanya khabar dan mendamaikan suasana yang kurang harmoni antara kejiranan ini,” maklum laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya dalam satu hantaran semalam.

Sehubungan itu, rakyat negara ini yang hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, bangsa dan agama diseru untuk menanam nilai-nilai murni antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan.

“Nilai-nilai murni ini perlu disemat dari bangku sekolah lagi bagi menjamin kesejahteraan bersama sebagai rakyat Malaysia.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya,” tambah hantaran itu lagi.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

HANGAT MINGGU INI

Mesra & Disenangi Ramai, Tuan Nik Ezanee ‘Naik Pangkat’ Jadi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan keperibadian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,

‘Terima kasih Tuan Nik Ezanee…’ – Keluarga Terharu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Sanggup Turun Liang Lahad Bantu Urus Jenazah Bapa

“Kami sekeluarga tidak menyangka keprihatinan nik yang sanggup turun ke liang lahad