Connect with us

Terkini

“Kalau Tak Tahan Jangan Jadi Cikgu” – Tular Video Guru Angkat Dan Campak Murid Tadika Cetus Kemarahan Warganet

Jadi cikgu ni bukannya tugas yang mudah, lagi-lagi nak kena layan kerenah bukannya seorang budak tapi ramai. Sebab itu, orang yang nak jadi guru ni memerlukan kesabaran yang tinggi.

Namun baru-baru ni, tular satu video di media sosial menunjukkan seorang cikgu marah dengan anak muridnya.

Dalam video itu, cikgu yang mengajar salah sebuah tadika ini dilihat sedang memarahi seorang budak dan telah menolak budak malang tersebut sebelum mengangkatnya dan menolak budak tersebut untuk di bawa ke luar kelas.


Advertisement

Namun dalam video ini tak menjelaskan punca sebenar hingga membuatkan cikgu tersebut marah.

Tapi kesian bukan dekat budak tu je, budak lain pun nampak takut bila tengok cikgu tu.

Ekoran dari video yang tular ini, ramai netizen telah meluahkan rasa kecewa dan geram ke atas tindakan guru ini yang dianggap melampau. Yelah budak-budak umur macam ni bukannya faham sangat.

“Kalau sampai staff lain yang rakam maknanya…”

“Tolong ambil tindakan”

“Jangan lah kerja sebab duit je”

Tak lama lagi ni keluarlah penjelasan cikgu tu. Apa pun harapnya pihak berkuasa dan pihak tadika ambil tindakan yang sewajarnya. 

Advertisement

Sumber: Lobak Merah

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel