Connect with us

Terkini

Polis Siasat Video Tular Guru Tadika Dera Anak Murid

SHAH ALAM, 26 Mac (Bernama) — Polis telah menerima laporan berhubung satu klip video yang tular dalam sosial media hari ini menunjukkan seorang guru tadika melakukan kekerasan ke atas anak muridnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.



“Saya mengesahkan laporan polis telah dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Beliau berkata guru tersebut telah dipanggil bagi memberikan keterangan dan siasatan lanjut akan dijalankan pihak polis

Advertisement

Video berdurasi 10 saat itu yang mencetuskan kemarahan orang awam memaparkan seorang guru wanita mengangkat dan menghempas seorang murid lelaki sambil disaksikan oleh murid-murid tadika yang lain.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel