Connect with us

Terkini

Tular Aksi Proton Wira Selamba Ambik Kesempatan Keatas Siren Bomba, Operator Kilang Ditahan

Tular sebuah video dilaman sosial baru-baru ini apabila sebuah Proton Wira dikatakan telah mengambil kesempatan diatas bunyi siren bomba kerana mahu mengelak daripada sesakkan lalu lintas.

Di dalam video tersebut, Proton Wira itu pada mulanya dilihat langsung tidak berganjak apabila kenderaan lain memberikan laluan kepada van bomba itu, malah Proton Wira tersebut turut menghalang jalan van bomba untuk bergerak.

Susulan daripada video tular tersebut seorang pemandu Proton Wira yang menghalang laluan jentera bomba dan penyelamat yang sedang menjalankan tugas kecemasan pada 2019 telah ditahan di Taman Munsyi Ibrahim Johor Bahru semalam.



Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, suspek yang juga lelaki ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Johor Bahru Selatan, jam 9.30 malam.

Advertisement

“Suspek berumur 33 tahun dan bekerja sebagai operator kilang. Kami turut merampas Proton Wira milik suspek seperti yang tular di laman sosial.

“Hasil siasatan awal, kejadian berlaku pada 27 April 2019 dan tular di media sosial pada 27 Mac lalu,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Padzli, berdasarkan rakaman video yang tular di laman sosial, Proton Wira terbabit menghalang jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Jalan Bakar Batu di sini.

Katanya, suspek mengambil kesempatan dengan memandu di hadapan jentera bomba serta mengeluarkan isyarat tangan terhadap kenderaan lain untuk membuka laluan tanpa kuasa yang sah.

“Dalam video itu, jentera bomba berada di belakang kereta dipandu suspek, ia sekali gus membahayakan dirinya serta pengguna jalan raya yang lain dengan melanggar lampu merah.

Advertisement

“Kami mohon kerjasama pengguna jalan raya untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutama dalam memberi laluan kepada kenderaan bomba dan ambulans yang terbabit dalam hal kecemasan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sumber: Harian MetroHarian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel