Friday, December 12, 2025

Di Dakwa Sambut Raya Bersama, Ahli Keluarga Selebriti Akan Dipanggil Polis Kerana Langgar SOP

May 18, 2021
1 min read
Please go to your Post editor » Post Settings » Post Formats tab below your editor to enter video URL.

Selebriti popular, Neelofa mencetuskan kontroversi lagi apabila dia didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya di sebuah kediaman di Ampang pada 13 Mei lalu.

Seorang pengguna Twitter @TheZollonist berkongsi sebuah video memaparkan keluarga itu bermaafan di hari raya.



Difahamkan kontroversi itu mula bertebaran selepas kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik  sebuah video di dalam laman Twitter.

Memetik laporan Utusan Malaysia video berdurasi 27 saat tersebut terus dikongsi netizen sejak tengah hari kelmarin dan tular.

Menerusi video dengan kapsyen `1 Syawal yang penuh mulia’ tersebut kelihatan  ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan bersalaman satu sama lain.

Selain pasangan berkenaan, turut kelihatan adik beradik Neelofa yang lain iaitu Noor Nabila dan Mohamed Aqief dimana masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, memutuskan umat Islam tidak dibenarkan kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keputusan tersebut juga telah menyebabkan, isteri kepada seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya dikenakan kompaun RM2,000 kerana menghantar juadah untuk suami yang bertugas dalam daerah sama.

Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.

Susulan kes baharu tersebut, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak  dalam satu kenyataan berkata, majlis tersebut disyaki  berlangsung di kediaman selebriti tersebut di Hulu Kelang, Ampang.

Sehubungan itu, menurut beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah menerima laporan polis berkaitan isu terbabit dan siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Kita akan memanggil yang terlibat dalam aktiviti  beraya itu untuk diambil keterangan,” kata beliau.

Sumber: Utusan Malaysia

HANGAT MINGGU INI

Langgar SOP PKPB: Neelofa, Suami Dilepas Tanpa Bebas

Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu melepas tanpa membebaskan selebriti, Noor Neelofa Mohd

Dakwaan Tak Pakai Pelitup Muka, Neelofa Tampil Beri Keterangan

Usahawan serta selebriti popular, Noor Neelofa baru-baru ini didakwa memakai niqab tanpa