Friday, December 12, 2025

Tular Video Berkumpul Di Hari Raya, Keluarga Neelofa Hadir Beri Keterangan

May 18, 2021
1 min read
Please go to your Post editor » Post Settings » Post Formats tab below your editor to enter video URL.

Nama usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi bualan hangat selepas video pendek tular di Twitter dipercayai dirakam ketika perayaan Aidilfitri beberapa hari lalu.

Difahamkan video tersebur telah dikongsi kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila di Instagram.

Menerusi video tersebut, kelihatan ibu bapa dan adik beradiknya saling bersalaman dan bermaafan.



Teekini menurut Harian Metro, ahli keluarga Neelofa hari ini telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk memberi keterangan. Turut kelihatan adalah bapa kepada selebriti berkenaan.

Memetik laporan tersebut, mereka tiba sekitar jam 2.51 petang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna putih.

Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar berkata, semua individu yang dipanggil memberikan kerjasama yang baik ketika memberi keterangan.

“Mereka dipanggil bagi membantu siasatan berhubung satu video yang tular di media sosial.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu satu laporan polis telah dibuat berhubung video tular dipercayai membabitkan sambutan Hari Raya Aidilfitri keluarga Neelofa di sebuah rumah sekitar Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail.


Video tular berdurasi 26 saat yang dikongsikan kembali di Twitter sehingga kini telah mendapat lebih 3k retweet dan 2k tanda suka.

Orang ramai rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati berikutan isu perlanggaran ini bukan kali pertama berlaku.

Sumber: Harian Metro , Naz.

 

HANGAT MINGGU INI

Langgar SOP PKPB: Neelofa, Suami Dilepas Tanpa Bebas

Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu melepas tanpa membebaskan selebriti, Noor Neelofa Mohd

Dakwaan Tak Pakai Pelitup Muka, Neelofa Tampil Beri Keterangan

Usahawan serta selebriti popular, Noor Neelofa baru-baru ini didakwa memakai niqab tanpa