Tuesday, December 09, 2025

Neelofa, Suami Didakwa Di mahkamah Esok Kes Beli Karpet Di Nilai 3

May 19, 2021
1 min read

Selepas hampir tiga minggu disiasat berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP pada 2 Mei lalu, pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz dijangka akan didakwa di mahkamah esok.

Menerusi laporan BH! yang memetik sumber, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd. Ismail akan didakwa di Mahkamah Majistret Dua, Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada jam 9 pagi esok di atas kesalahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai di sini untuk membeli karpet.



Difahamkan kedua mereka akan didakwa di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

“Pendakwaan dijangka pada jam 9 pagi,” kata sumber dipetik dari laporan BH.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman yang dihubungi media memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Terdahulu nama Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan di media sosial selepas tular sebuah video yang diambil dari IG Story usahawan tersebut yang memperlihatkan pasangan berkenaan  sedang membeli karpet dipercayai di Nilai 3, Negeri Sembilan pada 2 Mei.

Bersama video tersebut, turut tular beberapa foto mereka berdua sewaktu berada di kedai tersebut yang dimuat seorang pengguna Facebook yang dipercayai adalah pemilik kedai berkenaan.

Isu tersebut menaikkan kemarahan netizen yang mendakwa mereka seolah kebal dan sengaja menyalahgunakan kebenaran rentas negeri hanya untuk membeli karpet di sana.

Malah ramai yang turut mempersoalkan bagaimana dia boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Dua hari kemudiannya, mereka dilaporkan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan bagi membantu siasatan berhubung isu tersebut.

Sumber: BH Online

HANGAT MINGGU INI

Langgar SOP PKPB: Neelofa, Suami Dilepas Tanpa Bebas

Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu melepas tanpa membebaskan selebriti, Noor Neelofa Mohd

Dakwaan Tak Pakai Pelitup Muka, Neelofa Tampil Beri Keterangan

Usahawan serta selebriti popular, Noor Neelofa baru-baru ini didakwa memakai niqab tanpa