Wednesday, December 10, 2025

Kali Ini Netizen Dakwa Pula Neelofa Tak Pakai Pelitup Muka Ketika Hadir Ke Mahkamah Pagi Tadi

May 20, 2021
1 min read

Awal pagi tadi, Neelofa dan suaminya melakukan prosiding dakwaan atas kesalahan merentas negeri di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan. Ketibaan mereka disana  dikerumuni pihak-pihak media.

Terdapat pihak media yang menangkap gambar mereka dan apa yang menarik perhatian netizen berdasarkan gambar yang ditangkap, hidung dan mulut Neelofa jelas kelihatan bentuknya walaupun Neelofa memakai purdah.

Foto yang menimbulkan tanda tanya orang ramai Foto : MalaysiaGazette/ Affan Fauzi


Netizen sekaligus mempertikaikan kenapa Neelofa tidak memakai pelitup muka disebalik niqah tersebut.

Setelah perbicaraan Neelofa dan suaminya selesai di sana, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan. Tarikh sebut semula kes ini akan berlangsung pada 4 Jun nanti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini memaklumkan wanita yang mengenakan purdah dan niqab dinasihatkan perlu memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19

“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada dua jenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya dipetik dalam satu sidang media pada 22 Oktober 2020.

Sumber: Malaysia Gazzete

HANGAT MINGGU INI

Langgar SOP PKPB: Neelofa, Suami Dilepas Tanpa Bebas

Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu melepas tanpa membebaskan selebriti, Noor Neelofa Mohd

Dakwaan Tak Pakai Pelitup Muka, Neelofa Tampil Beri Keterangan

Usahawan serta selebriti popular, Noor Neelofa baru-baru ini didakwa memakai niqab tanpa