Friday, December 12, 2025

Dakwaan Tak Pakai pelitup Muka Di Mahkamah, Neelofa Akan Disiasat

May 21, 2021
1 min read

Selebriti popular, Neelofa sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dia didakwa tidak memakai pelitup muka di sebalik niqab. Hal ini mula menjadi perdebatan apabila sekeping gambar ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban menampakkan bayangan mulut dan hidungnya tular di media sosial.

Terkini menerusi laporan Sinar Harian, polis akan menjalankan siasatan terhadap Neelofa yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka di Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.



Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, pihaknya telah menerima laporan berhubung isu yang sedang diperkatakan itu.

“Laporan polis diterima kerana tindakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti mana diwajibkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua orang.”

“Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh.”

“Polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi.”

Katanya, penjelasan mengenai arahan tersebut telah dikeluarkan KKM dan kerajaan telah menguatkuasakan arahan bermula 1 Ogos tahun lalu.

Berhubung hal ini, satu siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Sumber: Sinar Harian

HANGAT MINGGU INI

Langgar SOP PKPB: Neelofa, Suami Dilepas Tanpa Bebas

Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu melepas tanpa membebaskan selebriti, Noor Neelofa Mohd

Dakwaan Tak Pakai Pelitup Muka, Neelofa Tampil Beri Keterangan

Usahawan serta selebriti popular, Noor Neelofa baru-baru ini didakwa memakai niqab tanpa