Connect with us

Hiburan

Dakwaan Tak Pakai Pelitup Muka, Neelofa Tampil Beri Keterangan

Usahawan serta selebriti popular, Noor Neelofa baru-baru ini didakwa memakai niqab tanpa sebarang pelitup muka ketika hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan.

Terbaru, menerusi laporan Sinar Harian, Neelofa sudah hadir memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Neelofa didakwa melanggar SOP PKP dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir untuk pendakwaan di Mahkamah Majistret di sini pada 20 Mei lalu



Neelofa dilihat hadir ke IPD Seremban sambil ditemani suaminya, PU Riz dan peguam mereka.

Advertisement

Menurut Neelofa, pihaknya telah memberi kerjasama dengan pihak polis.

“Saya telah beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis, terima kasih.”


Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim memaklumkan, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap Neelofa yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

Rata-rata netizen turut mempersoalkan mengenai isu Neelofa yang didakwa tidak memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam. Malah, mereka turut berkongsi semula mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan berhubung garis panduan mengenai pemakaian pelitup muka jika berpurdah mahupun berniqab.

Advertisement

Sumber: Sinar Harian & Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel