Connect with us

Jenayah

Pekerja Kilang Parah Ditetak Enam Lelaki Ketika Beli Laksa

NIBONG TEBAL, 31 Ogos (Bernama) — Seorang pekerja kilang mengalami kecederaan parah selepas mangsa diserang sekumpulan lelaki, dalam satu kejadian ketika lelaki itu sedang membeli makanan di sebuah gerai di pasar malam Taman Merak, Simpang Ampat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Lee Chong Chern berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.20 malam, daripada Hospital Sungai Bakap(HSB) yang memaklumkan seorang lelaki berusia 25 tahun mengalami kecederaan parah akibat ditetak dalam kejadian serang.

“Mangsa yang tinggal di Taman Merak itu mengalami kecederaan parah dan berada dalam keadaan kritikal, selepas ditetak di kedua-dua tapak tangan, tetak di belakang kepala dan kesan toreh di kedua-dua pehanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya menurut saksi yang melihat kejadian itu, sebaik diserang lelaki tersebut melarikan diri dan kumpulan suspek berkenaan mengejarnya sebelum mereka menetak mangsa di tepi jalan, ketika dia terjatuh serta terus menyerangnya lagi.

Advertisement

Lee berkata lelaki itu diselamatkan beberapa pengunjung pasar malam yang melihat kejadian tersebut, sebelum dihantar ke HSB manakala kumpulan suspek berkenaan terus melarikan diri dan meninggalnya di tepi jalan dalam keadaan parah.

Katanya mangsa yang kehilangan banyak darah akibat kejadian itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut, dan masih dilaporkan dalam keadaan kritikal.

“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian dan setakat ini polis belum dapat menemubual mangsa, kerana keadaannya masih kritikal. Kami sedang mengumpulkan maklumat daripada saksi yang melihat insiden tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya mangsa mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah.

Beliau berkata, ketika ini polis sedang mengesan enam lelaki dipercayai warga tempatan yang menyerang mangsa dalam kejadian itu, dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada pihaknya.

Menurutnya kes itu disiasat menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Advertisement

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel