Connect with us

Terkini

Belum Selesai Kes Dengan Bekas Stokis, Muhammad Sajjad Bakal Diisytihar Muflis

Sajat bakal diisytihar muflis selepas pemfailan pemiutang dilakukan oleh bekas stokis utama bengkung usahawan tersebut iaitu Owa Resources Sdn. Bhd.

Menurut laporan , pemfailan berkenaan dilakukan menerusi Peguam Nurul Hafidzah Hassan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor semalam.

Difahamkan, ia adalah langkah terakhir untuk menuntut pembayaran penghakiman RM200,000 daripada Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Nurul Hafidzah berkata, tindakan itu dilakukan selepas notis kebankrapan yang telah dikeluarkan tidak mendapat sebarang respon daripada usahawan berusia 36 tahun itu.

Advertisement

Beliau menjelaskan, perintah bankrap boleh menyebabkan Sajat diisytiharkan muflis selain semua aset termasuk rumah dan akaun bank milik usahawan tersebut diuruskan Jabatan Insolvensi.

“Petisyen berkenaan perlu diserahkan kepada Sajat dan sekiranya penyerahan itu gagal, kita akan membuat pengiklanan seterusnya kepada pendengaran dan perintah bankrap.
“Mungkin dalam sebulan dua lagi, kita akan perolehi keputusan daripada mahkamah sekiranya Sajat terus gagal bayar jumlah penghakiman tersebut,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Owa Resources memberikan kata dua kepada Sajat untuk menjelaskan hutang penghakiman RM200,000 atau diisytiharkan muflis.

Sajat diberi notis kebankrapan melalui penyampaian ganti menerusi notis iklan dan penampalan selepas dibenarkan Mah­kamah Tinggi Shah Alam.

Ini susulan ke­ga­­galan Sajat mem­bayar jumlah peng­­­hakiman RM200,000 kepada Owa Resources selepas tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel