Connect with us

Mahkamah

Gagal Bayar Hutang, Mahkamah Arah Harta Sajat Disita Dan Dijual

Sebelum ini kecoh usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat bakal tersenarai dalam kalangan individu muflis di negara ini selepas pemfailan pemiutang dilakukan terhadapnya di Mahkamah Tinggi.

Memetik laporan Kosmo! hari ini Mahkamah Tinggi telah mengarahkan harta usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat disita bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd.

Perintah penyitaan itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md. Nor selepas membenarkan permohonan Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources.

Permohonan itu susulan kegagalan Nur Sajat bagi membayar jumlah penghakiman pada bulan Disember tahun 2020.

Advertisement

Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dijalankan pukul 10.30 pagi tadi di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Kota Damansara.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati Sajat tidak memberi sebarang maklum balas untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada OWA Resources.

Ini seterusnya tamparan hebat kepada usaha Sajat bagi mengelak membayar pampasan yang diarahkan mahkamah setelah didapati melanggar kontrak perniagaan kerana gagal membekalkan bengkung dan girdle kepada stokisnya seperti yang dipersetujui.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mewakili Nurwati dan Syakir dalam kenyataannya berkata, anak-anak guam fokus untuk mendapatkan pampasan yang diarahkan dibayar oleh mahkamah.

Jelas mereka, barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.

Advertisement

“Writ penyitaan dan penjualan telah pun ditampal di premis defendan pada hari ini.

“Sekiranya, pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini,” katanya di sini.

Nurul Hafidzah menegaskan, penyitaan terhadap aset lain Sajat juga akan dilakukan sekiranya hasil pungutan lelongan itu tidak mencukupi membayar hutang saman penghakiman berkenaan.

“Jika jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang telah disita hari ini, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh disita dan dijual,” katanya.

Terdahulu pada 24 Ogos lalu media melaporkan Owa Resources memberikan kata dua kepada Sajat untuk menjelaskan hutang penghakiman RM200,000 atau diisytiharkan muflis.

Advertisement

Sajat sebelum itu diberi notis kebankrapan melalui penyampaian ganti menerusi notis iklan dan penampalan selepas dibenarkan Mah­kamah Tinggi Shah Alam.

Ini susulan ke­ga­­galan Sajat mem­bayar jumlah peng­­­hakiman RM200,000 kepada Owa Resources selepas tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel