Connect with us

Jenayah

Geng tarik kereta bergaduh berebut nak tarik kereta

Tular di media sosial rakaman aksi sekumpulan lelaki bergaduh di kawasan kemalangan atas Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang, semalam.

Berdasarkan maklumat diterima mengenai video itu, kemalangan membabitkan lori mozek yang muatannya bertaburan atas jalan hingga menyebabkan kesesakan trafik.

Namun, sekumpulan penarik kereta dilihat bergaduh hingga sanggup menendang dan membaling helmet ke arah seorang lelaki. Turut kelihatan polis trafik di tempat kemalangan.

Polis kemudian mengesahkan insiden membabitkan sebuah lori membawa muatan mozek dan dua kenderaan lain di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, kira-kira jam 2 petang. Hasil siasatan mendapati pergaduhan membabitkan sekumpulan penarik kereta (lebih kurang 20 orang) berikutan salah faham mengenai urusan menarik kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Advertisement

Anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan, tetapi gagal hingga terpaksa mendapatkan bantuan anggota polis cawangan kereta peronda (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB).

Apabila anggota MPV dan URB tiba di lokasi kejadian, semua individu tersebut sudah melarikan diri. Bagaimanapun, polis setakat ini dapat menahan lima lelaki warga tempatan berusia antara 26 dan 50 tahun sekitar Georgetown, semalam. Polis juga merampas senjata digunakan dalam pergaduhan itu, iaitu helmet dan lok motosikal (fork lock).

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (kesalahan merusuh dengan senjata).

@malaysianupdatenews Geng tarik kereta bergaduh berebut nak tarik kereta. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #jenayah ♬ A serious and nervous soundtrack(782337) – UNchan

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel