Connect with us

Kemalangan

Kemalangan babitkan 7 kenderaan di Karak, netizen sebak lihat makcik jalan terhincut-hincut ke tepi ‘highway’

Tular di media sosial satu video kemalangan yang melibatkan 7 buah kenderaan termasuk sebuah lori di Kilometer (KM) 4, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KRK) arah timur menyebabkan kesesakan hampir dua jam dari Gombak.

Video yang dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mdm Noor Muktar itu telah mendapat perhatian ramai dan diulang siar oleh pengguna yang lain berikutan keadaan yang agak sesak di lebuh raya tersebut.

Memetik laporan Kosmo! menerusi maklumat yang dikongsikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan berlaku di Kilometer (KM) 40 arah Timur dekat Genting Sempah itu yang menyebabkan lorong tengah dan kanan terhalang.

“Terdapat kemalangan lori kontena dan kereta di laluan Genting Sempah-Bukit Tinggi (KM40 arah Kuantan). Lorong kanan dan tengah terhalang.

Advertisement

“Trafik sesak sepanjang 20.5KM Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Bukit Tinggi disebabkan kemalangan yang menyebabkan aliran trafik perlahan.”

Namun apa yang lebih meruntun hati netizen apabila  melihat seorang wanita berjalan terhincut-hincut menghala ke tepi lebuh raya susulan kemalangan yang berlaku.

Dapat diperhatikan juga sebuah kereta Perodua Myvi dihadapannya remuk bahagian depan dan belakang serta beberapa kenderaan lagi yang rosak disebabkan pelanggaran tersebut.

Susulan daripada perkongsian video itu, rata-rata netizen yang melihat situasi berkenaan berasa sebak dan mendoakan semua yang terlibat selamat.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel