Connect with us

Global

Wanita ditemui maut terjatuh lif selepas 4 hari di lapangan terbang punca bau busuk

Akibat panik, seorang wanita Indonesia maut terjatuh selepas tersalah membuka pintu lif secara paksa kerana tidak menyedari lif tersebut mempunyai dua pintu.

Tular sebuah video yang berlegar di media sosial Indonesia baru-baru ini rakaman televisyen kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan saat-saat seorang wanita maut terjatuh ke bawah lif di sebuah lapangan terbang.

Lebih menyedihkan lagi apabila mayat wanita itu hanya ditemui selepas beberapa hari dari kejadian itu berlaku.

Menurut laporan media detiknews.com, kejadian ngeri tersebut telah berlaku di salah satu bangunan di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, Indonesia.

Advertisement

Jurucakap PT Angkasa Pura Aviasi, Lapangan Terbang Kualanamu, Deli Serdang, Dedi Al Subur berkata, mangsa, Aisiah Sinta Dewi, 38, dari Kota Medan, Sumatera Utara, terjatuh dari lif pada malam Isnin minggu lepas, selepas menghantar ahli keluarganya.

Katanya, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa tidak menyedari dia menaiki lif berpintu dua.

“Mangsa yang tidak menyedari menaiki lif dua pintu berdiri dan membelakangi pintu akses keluar yang sudah terbuka sebelum pintu lif itu tertutup kembali.

“Tiada pengguna lain ketika mangsa terjatuh dari lif.”

Tambahnya lagi, mangsa dilaporkan hilang selepas ahli keluarga meminta bantuan kakitangan lapangan terbang bagi mencari mangsa kira-kira 10.45 malam, Isnin lalu.

Advertisement

“Pencarian di beberapa tempat termasuk lif dinaiki mangsa tidak menemukan sebarang petanda.

“Namun, mayat mangsa ditemukan pada lantai di bawah lif, Khamis lalu, selepas kakitangan lapangan terbang tercium bau busuk berdekatan kawasan lif,” katanya.

Selepas itu, Ketua Polis Deli Serdang, Irsan Sinuhaji berkata, hasil siasatan dan semakan CCTV mendapati mangsa terjatuh dari lif selepas membuka salah satu pintu lif secara paksa.

“Mangsa tidak menyedari lif berkenaan ada dua pintu dan pintu sudah sudah terbuka di belakangnya.

“Dia kemudian panik dan membuka pintu lif di depannya itu secara paksa sebelum melangkah keluar dan terjatuh,” katanya.

Advertisement

Katanya lagi, polis masih menyiasat punca kematian mangsa sama ada berkaitan dengan faktor lain.

Tonton Video Wanita Terjatuh Lif

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Wanita ditemui maut terjatuh lif selepas 4 hari di lapangan terbang punca bau busuk. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #trending #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel