Connect with us

Hiburan

Jenazah Rohana Jalil Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarhamah Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya, Kuala Lumpur, kira-kira jam 11:45 pagi.

Sebelum itu, jenazah telah selamat disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9.

Lebih kurang 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan kenalan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.

Antara yang hadir ialah Azizul Khamis, Tya Ariffin, Izara Aishah, Azian Mazwan Sapuan, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Advertisement

Terdahulu artis veteran tanah air, Rohana Jalil atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun.

Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira jam 11:33, malam Selasa.

Berita duka pemergian Allahyarhamah disahkan sendiri oleh rakan rapat, Haiza.

“Al-fatihah buat Hajah Dara Jalil (Rohana Jalil) Innalillahiwainailaihirojiun. Baru je malam tadi buat bacaan Yasin dan Tahlil untuk sahabat yang dah pergi juga buat Kak Ana yang sedang berjuang.

“Dapat berita Kak Ana dah dijemput Ilahi. Semoga Allah tempatkan Kak Ana bersama-sama orang yang beriman. Salam takziah buat Abang Jangir, Kira, Kila dan keluarga,” tulisnya di Facebook.

Advertisement

Media sebelum ini melaporkan bahawa Rohana dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allahyarhamah yang mengalami komplikasi kebocoran usus sebelum ini dilaporkan telah diletakkan di wad pemantauan sejak April lalu.

Dalam pada itu, antara selebriti tanah air yang terkesan dengan pemergian Allahyarhamah termasuklah Noor Neelofa Mohd Noor .

Menerusi ciapan di Twitter, beliau mengucapkan takziah buat Kila Fairy sekeluarga di atas pemergiaan ibu tercinta.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam takziah kepada Kila Fairy sekeluarga, di atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Rohana Jalil. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah,”tulisnya dalam ciapan tersebut.

Advertisement

“Sejak Ahad lalu ketika saya datang melawat, memang keadaan dia lemah.

“Tetapi dia boleh dengar bila saya bisik di telinga dia. Haiza beritahu dia datang (melawat), dia angguk,” ujar penyanyi itu.

Tambah Rohaizah atau lebih mesra disapa Haiza, juara Bintang RTM 1980 itu masih menerima rawatan di Hospital berkenaan.

Pada tahun 1979, Rohana Jalil memulakan kariernya dalam industri nyanyian sejak usia 17 tahun.

Berbekalkan pengalaman menyanyi ekspo dan fun fair, penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor itu mencuba nasib dalam pertandingan Bintang RTM 1976, tetapi tuah tidak menyebelahinya.

Advertisement

Namun dengan berbekalkan bakat dan keazaman, dia kemudian dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.

Arwah sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikuniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel