Connect with us

Kemalangan

Bayi kembar maut tertinggal di dalam kereta

Di Malaysia, insiden tertinggal anak didalam kereta akibat kecuaian sering berlaku malahan ada yang hingga menyebabkan berlakunya kematian.

Kejadian sama telah berlaku di New York, di mana seorang bapa yang bergegas ke tempat kerja terlupa untuk menghantar anak kembarnya ke rumah pengasuh dan menyebabkan pasangan kembar lelaki dan perempuan itu tertinggal di dalam kereta milik bapanya selama lapan jam.

Loading…

Kembar terbabit, Luna dan Phoenix yang baru berusia setahun di tinggalkan dibelakang tempat duduk kereta bapanya, Juan Rodriguez, jumaat lalu.

Setelah kembali dari kerjanya pada pukul 4 petang, baru dia menyedari kembar itu berada didalam keretanya. Namun segalanya telah terlambat kerana mulut kedua anaknya itu telah dipenuhi buih.

Advertisement

Menurut saksi, Rodriguez tidak dapat menahan kesedihan dan menjerit sekuat hati serta kelihatan macam orang hilang akal apabila melihat kembarnya itu.

Keadaan cuaca pada waktu itu adalah 30 darjah celcius malah tempat duduk bayi kembar itu lebih panas berbanding cuaca di luar.

Susulan kejadian itu, bapa kepada bayi kembar terbabit ditahan polis dan didakwa menyebabkan kecuaian dan kematian. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel