Connect with us

Terkini

“Nurul Syuhada kekasih Zulfarhan?” – Keluarga tidak mengetahui kewujudan wanita itu

Kes Zulfarhan kembali menjadi perhatian media dan rakyat Malaysia baru-baru ini selepas mahkamah telah perintahkan 18 pelajar UPNM yang didakwa mencederakan mangsa untuk membela diri.

Namun begitu, kes membabitkan Zulfarhan terus menjadi bualan dan perhatian netizen dimana telah tular sebuah posting di Twitter melibatkan teman wanita mangsa pula.

Loading…

Menerusi tweet pengguna dengan akaun nama @very_duli, dia meluahkan rasa sedih dan kasihan dengan seorang wanita yang dikatakan sebagai kekasih kepada Zulfarhan.

“Read this and i cry. xde orang mention sangat Zulfarhan Osman ni ada girlfriend. sedihnyaa” – very_duli

Advertisement

Setelah tularnya posting tersebut, adik ketiga Zulfarhan iaitu Zulfaiqah Lyana tampil menafikan kewujudan gadis yang didakwa sebagai kekasih mangsa, iaitu Nurul Syuhada.

Zulfaiqah mendakwa abangnya hanya mempunyai seorang kekasih bernama Tasya.

“Dia bukan girlfriend along. tiada siapa tahu kewujudan dia dalam hidup along sebelum along meninggal dunia”

“Dia sendiri yang mengaku girlfriend along, tapi sebenarnya tak pun”

“Mungkin hanya sekali dua along ada sebut nama dia pada mak, tapi tak lebih dari tu.”

Advertisement

Apabila disoal mengenai kesahihan sama ada abangnya telah putus dengan Tasya sebelum insiden itu, Faiqah mengatakan bahawa dia tidak pasti.

“Sama ada mereka dah putus atau tak kami sendiri tak pasti.”

Pada 31 Julai lalu, Mahkamah telah memutuskan 18 tertuduh yang didakwa mencederakan Zulfarhan Osman untuk membela diri.

Suasana menjadi sebak dan pilu apabila bapak Zulfarhan yang bersyukur kepada Allah S.W.T terus melakukan sujud syukur diperkarangan sebaik keluar dari mahkamah. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel