Connect with us

Terkini

Periksa Rumah: ‘Polis Melakukan Pemeriksaan Mengikut Undang-Undang’

Polis Selangor mengesan satu klip video tular di media sosial memaparkan seorang individu mempertikaikan tindakan polis dengan meminta dikemukakan waran tangkap dan waran geledah semasa pemeriksaan di kediamannya.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, klip video berdurasi 4 minit 30 saat itu adalah pemeriksaan bagi mendapatkan peranti atau bahan bukti bagi tujuan siasatan.



“Selain itu, menafikan sekeras-kerasnya bahawa tujuan kedatangan pihak polis adalah untuk menangkap individu berkenaan.

“Tindakan diambil polis dalam isu ini adalah mengikut peruntukkan undang-undang sebagaimana termaktub mengikut Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan media, seperti dilapor Harian Metro.

Advertisement

Sehubungan itu, beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan berlaku sesuatu sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Dalam video klip terbabit, penghuni rumah berkenaan mempertikaikan pemeriksaan polis yang didakwa dilakukan pada 3 pagi.

Pada masa sama, beliau meminta polis menunjukkan waran geledah atau waran tangkap untuk menjalankan pemeriksaan berkenaan.

Video: Tindakan Polis Periksa Rumah Ikut Undang-Undang

Advertisement

Pada Sabtu lalu, satu video klip tular di media sosial mendakwa pihak polis tidak mengemukakan waran tangkap dan waran geledah semasa pemeriksaan dijalankan di kediaman milik seorang individu.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel