Connect with us

Pilihan Editor

Wanita Berdepan Detik Cemas Air Ketuban Masuk Dalam Saluran Darah, Leher Ditebuk Dan Rahim Terpaksa Dibuang

Seorang wanita terpaksa menempuh pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila berdepan detik cemas ketika melahirkan zuriatnya.

Namun apa yang lebih menyedihkan apabila mengetahui itu adalah kelahiran pertama dan terakhirnya.

Menerusi perkongsian oleh seorang wanita dilaman sosial TikTok, wanita yang dikenali dengan nama Szry Ertyqa ini menjelaskan saat bayinya dilahirkan, air ketuban termasuk sedikit ke dalam saluran darah.

Ini menyebabkan dirinya mengalami beberapa komplikasi.

Advertisement



Szry Ertyqa menjelaskan pada awalnya dia telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang.

“Pertama kali sedar di Hospital Serdang, ingatkan kena langgar lori ke sebab teruk sangat rupa.”

Selepas selesai pembedahan, dia dibawa ke Hospital Tengku Azizah dan jika dilihat daripada video yang dikongsikan, kedua-dua belah tangannya mengalami bengkak dan lebam.

Manakala perutnya terdapat kesan jahitan selain terdapat parut di lehernya.

Advertisement

“Sebelum doktor beritahu rahim dah dibuang, memang dah dapat agak pun. Sebab takkan bersalin seteruk macam ni. Bangun tengok perut kesan czer melintang dan panjang menegak ke atas pusat.”

Jelas wanita ini lagi, kedua-dua belah tangannya telah dicucuk untuk dimasukkan darah tetapi disebabkan tangannya sudah lebam, darah tidak dapat masuk. Jadi doktor terpaksa menebuk lehernya.

@ellysshafatiemahKelahiran pertama dan terakhir😊~ #wanitatanparahim #peluangkedua #babygurl #pertamakali♬ Terdiam Sepi – Nazia Marwiana

@ellysshafatiemahTq @nuramanda85 orang pertama sedar kehilangan ak😘😘😘..Full story dekat page saya. #wanitatanparahim #peluangke2 #icu #aicu #cicu♬ Izinkan – Thomas Arya & Iqa Nizam

Sumber: Szry Ertyqa

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel