Meski pun sudah berusia 96 tahun, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat masih sihat dan bertenaga.
Dalam satu perkongsian di TikTok, beliau mendedahkan rahsia utama untuk sihat adalah mengekalkan gaya hidup aktif.
Beliau tidak gemar menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Walaupun berasa mengantuk, beliau akan berusaha untuk tidak tidur. Jelasnya, tidur yang lama akan menyebabkan tubuh badannya lemah.
“Kalau lihat dalam kebanyakan keluarga, kalau orang itu sudah tua, dia suka sangat suruh tidur. Jalan!
“Kalau saya tidur, kita jadi lemah. Lutut-lutut kita tak ada exercise.”
Tambahnya, tidur yang banyak juga akan mengurangkan kebolehan otak untuk berfikir. Disebabkan itulah, walaupun beliau sudah berumur, beliau masih aktif tubuh badan dan akal fikiran.
Beliau turut gemar bercakap, berbahas, menulis dan membaca untuk mengaktifkan otak.
Kredit: TikTok @chedetofficial