Connect with us

Berita Lain

DR M: Undi Pas Sama Seperti Undi BN



SHAH ALAM – Pengerusi Parti Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad
menyifatkan mereka yang memberi undi kepada Pas, sama seperti mengundi BN.

Ini kerana dakwa beliau, ketika Pas dijemput untuk menyertai
gabungan parti-parti untuk menentang BN dalam PRU14, Pas meletak syarat yang
tetap akan memecah dan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan.
“Syarat Pas sebenarnya akan memberi kemenangan kepada
BN,” katanya yang dipetik menerusi tulisan terbaharunya di blog
http://chedet.cc.
Mengimbau semula sejarah, parti Pas, Mahathir berkata, sejak
parti itu ditubuhkan, ia tidak pernah menang di peringkat nasional untuk
menjadi Kerajaan, terutama di waktu bertanding tersendiri.
“Adakala Pas menang hanya satu kerusi sahaja. Yang
terbanyak ialah 11 kerusi. Pas hanya dapat berada dalam Kerajaan Pusat apabila
ia menyertai Barisan Nasional,” katanya lagi.
Justeru, katanya, hakikatnya ialah hanya apabila Pas
bergabung dengan parti lain, terutama apabila bergabung dengan DAP yang disebut
oleh Pas sebagai, ‘tahaluf siyasi’ barulah Pas menang sebanyak 24 kerusi sekali
dan 27 kerusi sekali.

“Tetapi gabungan yang disertai oleh Pas tidak dapat
mendirikan  kerajaan pusat,”
katanya.





Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel