Connect with us

Berita Lain

Rakyat Malaysia Paling Banyak Guna Aplikasi Whatsapp Di Dunia – Salleh



KUALA LUMPUR 12 Sept. – Laporan The Digital News Report 2017
mendapati pengguna internet di Malaysia mencatatkan penggunaan aplikasi
WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatkan maklumat dan
berkongsi cerita.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr.
Salleh Said Keruak, laporan itu turut menyebut media sosial lain yang popular
di Malaysia ialah Facebook iaitu sebanyak 58 peratus pengguna, YouTube sebanyak
26 peratus dan 13 peratus, masing-masing bagi WeChat dan Instagram.

Salleh menambah, laporan itu turut menyatakan rakyat
Malaysia mendapatkan berita melalui media sosial sebanyak 86 peratus, bercetak
(45 peratus), televisyen (54 peratus) dan radio (15 peratus).
“Selain itu, peranti utama yang digunakan adalah
telefon pintar iaitu sebanyak 65 peratus, komputer 45 peratus dan tablet 18
peratus,” katanya dalam catatan terbaru di laman blog
www.sskeruak.blogspot.my, hari ini.
Menurut Salleh lagi, kajian lain yang dibuat oleh organisasi
berbeza, TNS Global juga mendapati Malaysia adalah negara terbanyak menggunakan
WhatsApp dengan jumlah 77 peratus, diikuti Facebook Messenger dengan 41
peratus.
Salleh berkata, faktor penggunaan internet yang tinggi di
negara ini adalah disebabkan Malaysia mempunyai kemudahan dan penembusan
internet yang baik.
“Pengguna kita kerap menggunakan WhatsApp kerana banyak
kelebihannya antaranya mudah dan cepat untuk berhubung dan berkongsi maklumat,
perantaraan berkesan dalam sesebuah organisasi kerana setiap saat arahan atau
makluman boleh dikirimkan tanpa batasan masa dan menjimatkan kos.
“Bagi peniaga, ia dapat memudahkan mereka memperluas
perniagaan masing-masing tanpa memerlukan kos yang tinggi manakala dalam
politik, WhatsApp merupakan alat kempen politik yang berkesan dan meluas.
“Bayangkan satu kumpulan WhatsApp mempunyai 200 ahli.
Jika seseorang itu mempunyai 10 kumpulan WhatsApp, dalam masa yang singkat
beliau sudah boleh berkongsi maklumat dengan 2,000 orang,” katanya.
Jelasnya, penggunaan WhatsApp juga mempunyai keburukan iaitu
yang paling ketara apabila ia digunakan untuk menyebarkan maklumat yang salah
hingga boleh menjatuhkan maruah seseorang, apatah lagi jika terdapat ahli
kumpulan yang membuat salinan untuk pengguna lain atau menyalin paparan sehingga
menjadi tular.
“Saya mendukung kebebasan maklumat tetapi janganlah
menggunakan WhatsApp untuk menjatuhkan kreadibiliti pihak lain dengan berita
yang tidak tepat. Ini kerana WhatsApp mempunyai pengaruh yang besar dalam
masyarakat. Kuasanya seperti pisau tajam yang boleh mencederakan.
“Gunalah kemudahan WhatsApp dengan sebaiknya dengan
mengelakkan diri daripada menabur fitnah. Bila semuanya teratur baik, kita
tentunya bangga kerana mempunyai masyarakat yang celik IT sehingga menjadi
pengguna WhatsApp terbanyak dunia,” katanya. – BERNAMA

 



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel