Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Lelaki Cabul Pelajar Tahun Satu Diberkas



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera dibelasah orang awam
selepas bertindak mencabul seorang pelajar perempuan di Apartmen Cheras Ria di
sini sebelum diberkas pihak polis semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu berlaku ketika
kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu berada di dalam lif blok C
apartmen berkenaan dan dia dipercayai baru pulang dari sekolah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten
Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 25 tahun
itu dilakukan pihak polis selepas bapa mangsa membuat laporan berhubung
kejadian tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Suspek berjaya ditahan orang awam sebelum sepasukan polis
dikerahkan ke lokasi bagi membawa suspek ke balai polis untuk siasatan lanjut.
“Dia (suspek) kini ditahan reman selama tujuh hari bermula
hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta 792 iaitu
melakukan seksual fizikal atas kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan
iaitu menyimpan bahan lucah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit 47 saat
yang memaparkan lelaki tersebut dibelasah orang ramai sebelum diserahkan kepada
pihak polis turut tular di media sosial.
Dalam video tersebut turut menunjukkan suspek tidak mengaku
bertindak mencabul kanak-kanak perempuan berkenaan sebelum keluarga mangsa
membawanya dalam keadaan berpakaian sekolah dan menangis bagi melakukan
pengecaman terhadap suspek.



-K! ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel