Connect with us

Berita Lain

Penjawat Awam Hamil, Suami Juga Boleh Balik Awal


KUALA LUMPUR, 27 Okt ― Penjawat awam yang hamil lebih lima
bulan dibenarkan pulang bekerja sejam lebih awal.
Datuk Seri Najib Razak berkata suami, jika bekerja kerajaan,
juga diberi kelonggaran sama asalkan pejabat berdekatan.
Menurut Malay Mail Online Perdana menteri mengumumkan kelayakan cuti bersalin ditambah
daripada 300 hari kepada 360 hari, dengan jumlah maksimum 90 hari setahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Najib juga mengumumkan pemberian khas RM1,500 yang dibayar
dua kali, RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri tahun
depan.
Pada pembentangan Bajet 2018, insentif lain kepada 1.6 juta
penjawat awam:
― Kenaikan pangkat berasaskan masa kali kedua bagi kumpulan
pelaksana untuk tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama
― Penjawat awam yang bersara atas sebab kesihatan menerima
faedah seolah-olah berkhidmat sehingga umur persaraan wajib
― Membenarkan gantian cuti rehat semasa berkhidmat yang
melebihi 150 hari sebagai cuti rehat pada tahun persaraan
― Menaikkan kadar cuti rehat khas dari tujuh kepada 10 hari
setahun kepada pegawai perkhidmatan pendidikan
― Tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan
bagi menunaikan umrah
― Menambah satu lagi waktu kerja berperingkat bermula jam 9
pagi hingga 6 petang
 ― Pakar perubatan
gred UD54 dan ke atas diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan
waktu kerja anjal
― Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam
dengan melaksanakan kursus sarjana dan PhD secara dalaman (in-house)
― Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1,000 sebulan
dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan

― Kemudahan perubatan untuk ibu bapa kepada pesara kerajaan

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel