Connect with us

Berita Lain

Cari Bapa Tiga kali


WARGA emas yang ditemui lemas dalam rumahnya yang dilanda banjir di
Kampung Masjid, Jalan Perak, Georgetown, hari ini memberitahu anaknya dia
teringin sarapan roti canai dan teh tarik.
Nasir Sabri Amanullah Sahib, 42, berkata, dia menghubungi arwah bapa, Amanullah
Sahib Kalandar, 75, semalam dan dimaklumkan dia mahu menu berkenaan untuk
sarapan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, jenazah bapanya ditemui di dalam air di
kawasan ruang tamu ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pagi
tadi, lapor my Metro.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, operasi sudah bermula sejak 10 malam tadi untuk membawa
keluar semua penduduk kampung yang rumah mereka dinaiki air.
Katanya, pihaknya dimaklumkan operasi SAR bermula sejak 3 pagi hingga
5.30 pagi,namun arwah masih belum ditemui di dalam rumah.
“Saya kemudian menerima panggilan telefon daripada ahli keluarga dan
memberitahu bapa masih belum ditemui selepas dua kali mencari.
“Saya bersama anggota bomba kemudian masuk ke dalam rumah buat kali
ketiga pada 8.15 pagi untuk mencari arwah.
“Tidak sampai lima minit saya menemui arwah dalam keadaan terapung
di kawasan ruang tamu rumah dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya ketika
ditemui selepas solat jenazah di Masjid Jamek Hashim Yahya, Jalan Perak hari
ini.
Nasir berkata, sebagai anak, dia sedih kerana gagal menyelamatkan nyawa
arwah bapa yang sedang uzur dan tinggal di rumah itu seorang diri.
Menurutnya, menu sarapan itu sudah dibeli tetapi arwah tidak sempat
menjamahnya.
“Jenazah arwah telah selamat dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam
Masjid Jamek Hashim Yahya, Jalan Perak selepas solat Zuhur tadi.

“Saya reda dengan pemergian arwah namun hakikatnya merasa sedih
apabila tidak sempat menyelamatkan nyawanya dan diharapkan arwah akan
ditempatkan antara golongan orang yang beriman,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel