Connect with us

Berita Lain

Empat Sekeluarga Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad


EMPAT sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 33
Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Marang semalam, selamat dikebumikan dalam
satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jerong Surau, Wakaf Tapai, hari
ini.
Lebih 200 ahli keluarga sanak saudara serta rakan keluarga
mangsa memenuhi tanah perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir ketika
semua jenazah yang dikebumikan pada 4.30 petang.
Sebelum itu, jenazah Mohd Saari Muda, 52; isterinya, Mizah
Mamat, 52, dan anak perempuan mereka, Nurul Syahirah, 18, serta anak saudara
Mohd Saari, Nur Adibah Ramli, 19, dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital
Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kira-kira 2 petang selepas
selesai proses bedah siasat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jenazah kemudiannya dibawa menaiki van jenazah ke Masjid
Kampung Jerong Surau untuk disolatkan kira-kira 3 petang.
Adik Allahyarham Mohd Saari, Mohd Asbi, 49, berkata, selepas
mengadakan perbincangan keluarga mereka bersetuju untuk kebumikan kesemua
mangsa dalam satu liang lahad.
“Saya bersyukur jenazah kesemua mangsa selamat
dikebumikan dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga
semuanya selesai dengan baik,” katanya.
Empat sekeluarga itu maut selepas kereta dinaiki mereka
bertembung dengan sebuah bas persiaran dalam kejadian pada 6.40 petang
berhampiran Penjara Marang.
Keluarga berkenaan dalam perjalanan pulang dari menghadiri
kenduri di Kerteh menuju ke Marang manakala bas berkenaan pula dari arah
bertentangan.
Mayat kesemua mangsa hanya berjaya dikeluarkan 8.30 malam
oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang.

Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke HSNZ, Kuala Terengganu
untuk proses bedah siasat.

– my Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel