Connect with us

Berita Lain

Kes Pukul Rela: Kedah Nafi Kurniakan ‘Datuk Seri’


ALOR SETAR – Kedah tidak pernah menganugerahkan gelaran
‘Datuk Seri’ kepada individu yang didakwa baru-baru ini kerana memukul tiga
anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), seperti yang dilaporkan media.
Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera
Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, ini kerana gelaran
tersebut hanya dikurniakan secara terhad khas kepada kerabat diraja yang paling
kanan, pembesar negeri dan individu yang banyak berjasa kepada negeri dan
negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Banyak pihak mengambil kesimpulan bahawa individu yang
ditangkap tersebut adalah penerima ‘Datuk Seri’ daripada Tuanku Sultan Kedah.
“Sukacita saya maklumkan bahawa Kedah tidak pernah
menganugerahkan gelaran ‘Datuk Seri’ kepada penama tersebut,” katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Pada 3 November lepas, individu itu yang mendakwa ‘Datuk
Seri’, Liow Soon Hee, 29, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi
pertuduhan menyerang dan mencederakan tiga anggota Rela berkenaan, dibenar
diikat jamin namun ditahan semula berhubung kes dadah.

Mengenai dakwaan bahawa individu terbabit memegang kad Ahli
Kehormat Persatuan Kerabat Diraja Kedah, beliau memaklumkan bahawa persatuan
itu telah dibatalkan pendaftarannya pada 2013 atas titah perintah almarhum
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menjadi Sultan Kedah ketika itu.
“Antara sebab pembatalan tersebut adalah pemberian keahlian
kepada mereka yang bukan Ahli Kerabat Diraja negeri Kedah,” katanya. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel