Connect with us

Berita Lain

Pemuda Ditahan Bersama 200 Pil Kuda Anak Husam

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa – Foto: The Star Online



Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa
tampil mengakui anaknya ditahan bersama 200 pil kuda.

Dalam satu kenyataan malam ini, Husam menjelaskan beliau
hanya mendapat tahu mengenai perkara itu melalui laporan Malaysiakini.
“Saya hanya mendapat tahu anak saya direman di Mahkamah Kota
Bharu atas tuduhan memilik 200 biji pil kuda, jam 5.22 petang tadi (19 November
2017), apabila seseorang menghantar imej laporan Malaysiakini melalui WhatsApp.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat
kepada saya mengenai penahanan itu.
“Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke
mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi.
“Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak
saya ditahan,” katanya.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu berkata,
beliau hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat anaknya ditahan sekumpulan
lelaki petang semalam.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini
selepas dapat menemui anak saya pada waktu terdekat diizinkan polis,” katanya.
Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten
Komisioner Ismail Mat Sidik.
Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu kira-kira pukul 3.30
petang tadi di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Jalan Pasir Mas-Salor,
Kota Bharu, Kelantan.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel