Connect with us

Berita Lain

Anina Nasihat Rakyat Jangan Undi ‘Pembina Putrajaya’


KUALA LUMPUR: Salah seorang bekas pengasas PPBM, Anina
Saadudin menasihatkan rakyat tidak mengundi Tun Dr Mahathir Mohamad yang
dipilih Pakatan Harapan (PH) sebagai calon perdana menteri mereka.
Beliau yang kini mengetuai badan bukan kerajaan dinamakan
Empirical Malaysia mengingatkan pengundi memilih parti dan calon yang boleh
membela nasib orang Melayu serta Bumiputera demi masa depan negara dan generasi
akan datang.
“Kita turun mengundi nanti ini untuk masa depan anak cucu
nanti, bukan untuk diri kita, bukan kerana kita taksub pada sesiapa ataupun
undi kerana dia bina bangunan tertinggi (di Malaysia), bukan undi kerana dia
bina Putrajaya,” katanya yang merujuk kepada Dr Mahathir.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Bercakap sidang media sempena program Empirical Talk hari
ini, Anina menggesa orang Melayu supaya bersatu dan menunaikan tanggungjawab
pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) demi survival generasi akan datang.
“Sekarang orang Melayu dibahagi antara 5 parti – Umno,
Bersatu (PPBM), Amanah, PAS dan PKR.
“Dari satu bangsa yang besar, kita terbahagi kepada kumpulan
kecil. Ini bahaya untuk bangsa. Harus memikir tentang survival bangsa Melayu,”
katanya yang tidak akan bertanding pada PRU14.

Beliau berkata, tumpuannya kini ialah mengetengahkan agenda
Empirical yang ditubuhkan pada Oktober lalu untuk memperjuangkan dasar serta
ekonomi Melayu dan Bumiputera yang gagal dijayakannya ketika bersama PPBM.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Sumber: FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel