Connect with us

Berita Lain

Penalti Lompat Parti Bukti PPBM Tak Percaya Calon – Anina


KUALA LUMPUR: Salah seorang bekas pengasas PPBM, Anina
Saadudin berkata, cadangan parti itu mengenakan penalti RM20 juta bagi
menghalang calon mereka melompat parti selepas memenangi pilihan raya umum
ke-14 (PRU14) menunjukkan pemimpinnya tidak mempercayai satu sama lain.
“Kalau antara mereka pun tak boleh percaya satu sama lain,
macam mana rakyat di luar nak percaya kepada mereka?
“Ini rakyat patut fikir, bolehkah kita memilih sebuah
kerajaan yang antara mereka sendiri pun tak percaya satu sama lain. Indah
khabar dari rupa.
“Ini negara demokrasi dan anda buat satu perjanjian kalau
langgar bai’ah (kena bayar) RM20 juta, ini mengarut, ini tak betul. Roh
demokrasi itu bukan caranya,” katanya sempena program Empirical Talk hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Rabu lalu, Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail
memberitahu FMT parti itu sedang mengkaji rancangan membuat kontrak dengan
penalti Rm20 juta untuk mengikat calon mereka daripada melompat parti selepas
menang PRU14.
Katanya, langkah itu juga boleh melindungi Pakatan Harapan
jika memenangi PRU14 kerana berkemungkinan ahli Parlimennya ditawarkan wang
untuk melompat parti.
Hari ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad
dilaporkan berkata, partinya juga sedia mempertimbangkan cadangan seumpama itu,
tetapi perjanjian berkenaan berbeza daripada bai’ah yang diperkenalkan PAS.
PKR pula difahamkan mempunyai kontrak serupa yang perlu
ditandatangani calonnya pada PRU 2013, di mana ahli yang melanggar kontrak
mesti membayar sejumlah pampasan kepada parti.
PAS terlebih dahulu menggunakan kaedah sama untuk memastikan
wakil rakyatnya setia bersama parti. Lafaz taklik dan sumpah bai’ah yang
diwajibkan ke atas calon PAS di Kelantan pada PRU antara lain menghendaki
mereka yang memenangi kerusi kekal dengan parti itu atau menceraikan isteri
mereka dengan talak tiga.

Ia diperkenalkan ketika PAS bersama Semangat 46 dalam
Angkatan Perpaduan Ummah pada 1995 apabila kerajaan Kelantan berdepan cabaran
ekoran tindakan beberapa wakil rakyat melompat parti.
Advertisement


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sumber: FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel