Connect with us

Berita Lain

Penjawat Awam Dipecat Dapat Kerja Balik Jika Pakatan Harapan Menang


TIMBALAN Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin hari
ini memberi jaminan mana-mana penjawat awam yang hilang kerja, diturun pangkat
atau dipindahkan hanya kerana mereka menyokong pembangkang akan dikembalikan
kepada jawatan asal mereka jika PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Jika awak hilang kerja hanya kerana sokong kami, kami
berikan jaminan. Kami akan beri balik kerja awak,” kata Muhyiddin dalam
ucapannya di Konvensyen PH Sarawak di Sibu hari ini.
Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas ugutan Menteri
Pendidikan Mahdzir Khalid semalam yang tindakan tata tertib akan diambil kepada
guru dan pegawai kementerian sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang.
Mahdzir dalam majlis bersama penjawat awam di Putrajay itu
juga mengatakan, pengawai pendidikan dan guru dilarang daripada menyertai parti
pembangkang atau mengkritik kerajaan kerana tindakan itu dianggap sabatoj dan
mencemarkan imej kerajaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Muhyiddin berkata mereka tidak perlu takut kerana undi
adalah rahsia dan sekiranya mereka hilang kerja dan didiskriminasi kerana
seseorang melaporkan sokongan mereka kepada pembangkang, mereka akan mendapat
pekerjaan mereka kembali.
Katanya lagi, kerajaan tidak berhak menyekat hak demokratik.
Pada konvensyen itu juga, Muhyiddin mendedahkan yang
pembahagian kerusi dalam pakatan itu telah diputuskan dan membolehkan jentera
pilihan raya PH memulakan gerak kerja.
“Buat pertama kali dalam sejarah pembangkang negara ini,
kita telah duduk dan memutuskan pembahagian kerusi.
“Ini tidak pernah dilakukan sebelum ini,” katanya ketika
mendedahkan kerusi di Johor, kawasannya juga sudah “dimaktubkan malam tadi”.
PH Sarawak bulan lepas memuktamadkan rundingan pembahagian
kerusi dengan mengguna pakai aturan dibuat pada 2013.
Memandangkan pembahagian kerusi sudah selesai, Muhyiddin
berkata PH “sudah sedia untuk berperang”.
Katanya lagi, manifesto nasional PH juga sudah disiapkan dan
agenda utama mereka adalah “menghapuskan GST”.
“Itu adalah yang pertama kami akan buat kerana ia
membebankan rakyat.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, tidak mustahil untuk menyingkirkan Perdana Menteri
Najib Razak atau menjatuhkan kerajaan BN.
“Sudah ada gelombang. Tengah bergegar sebab rakyat marah.
“Masanya sudah tamat untuk BN,” yang disifatnya sudah
memerintah terlalu lama dan hilang arah kerana mereka daripada “zaman
dinosaur”.
“Mereka tak boleh teruskan lagi.
“Mereka perlu berundur. Masanya sudah tiba untuk beritahu
rakyat yang zaman BN sudah berakhir.”

Sumber: The Malaysian Insight

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel