Connect with us

Berita Lain

Terlibat Kes Curi, 2 Bekas Staf Aliff Syukri Dicekup


POLIS menahan sepasang suami isteri disyaki terlibat dalam
kes curi wang tunai dan barang kemas milik isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri
Aliff Syukri bernilai RM100,000 pada 18 Jun tahun lalu.

Suspek masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an dan
20-an yang juga merupakan bekas pekerja Pengarah Urusan D’Herbs itu ditahan di
kediaman mereka terletak di Pandamaran, Klang, Selangor pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt. S. Somu,
suspek adalah pasangan suami isteri yang mempunyai hubungan dengan dua bekas
pembantu rumah Aliff yang mana sudah didakwa pada 5 Julai tahun lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada 18 Jun 2017 jam 4 petang, isteri Aliff Syukri, Datin
Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah buat laporan polis mengenai pembantu
rumahnya yang dipercayai terlibat dengan kecurian dalam rumah beliau.
“Ekoran laporan tersebut, pihak polis telah menangkap dua
orang suspek dan mereka telah dituduh (di mahkamah).
“Dua hari lepas, pihak polis menangkap dua lagi suspek warga
Indonesia, seorang lelaki dan seorang perempuan, yang dipercayai terlibat dalam
kes ini.
“Kedua-dua suspek kini direman sehingga 4 Februari,” katanya
seperti yang dipetik daripada Astro Awani.
Menurutnya lagi, pihak polis juga berjaya merampas satu tas
tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM25,000 yang dipercayai milik Nur
Shahida selain wang tunai berjumlah RM 2,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– Mynewshub

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel