Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Mohon Hakim Tarik Diri


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memohon supaya Hakim
Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi menarik diri daripada mendengar kes saman
pemula difailkan bekas perdana menteri itu berhubung Laporan Suruhanjaya
Siasatan Diraja Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank
Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Dr
Mahathir berkata pihaknya mengemukakan permohonan itu atas alasan Hakim Azizah
sebelum ini pernah membuat keputusan dalam permohonan kebenaran semakan
kehakiman difailkan Dr Mahathir berkaitan pelantikan dua anggota suruhanjaya
siasatan berkenaan.
Pada 17 Ogos 2017, Azizah tidak membenarkan permohonan Dr
Mahathir untuk membatalkan keputusan suruhanjaya siasatan itu yang menolak
permohonannya bagi membatalkan pelantikan pengerusi suruhanjaya itu Tan Sri
Mohd Sidek Hassan dan seorang daripada anggota suruhanjaya berkenaan, Tan Sri
Saw Choo Boon.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam permohonan sebelum ini, pihak kerajaan mengemukakan
bantahan dan ia telah didengar dan diputuskan oleh hakim sama (Azizah), malah
isu yang dibangkitkan hari ini oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk
membatalkan saman pemula anak guam saya adalah hampir sama dengan permohonan
kebenaran semakan kehakiman itu,” katanya selepas bertemu hakim di dalam
kamarnya hari ini dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan.
Sepatutnya hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan
AGC bagi membatalkan saman pemula difailkan Dr Mahathir, yang juga pengerusi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atas alasan beliau tidak mempunyai
kausa tindakan munasabah untuk memfailkan tindakan tersebut dan mahkamah tidak
boleh mengambil tindakan terhadap suruhanjaya berkenaan.
Mohamed Haniff berkata mahkamah menetapkan 17 Mei untuk
keputusan berhubung penarikan diri hakim berkenaan.

Pada awal Disember 2017, Dr Mahathir memfailkan saman pemula
dengan menamakan Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Tan Sri Mohd Sidek Hassan,
anggota panel suruhanjaya itu iaitu Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri
Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K.Pushpanathanan, Datuk Dr Yusof Ismail
selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan jemaah menteri serta
kerajaan sebagai defendan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam samannya, Dr Mahathir memohon deklarasi bahawa
mana-mana ‘Laporan Siasatan Diraja’ oleh mana-mana Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 hanya sah
sekiranya mengandungi kesemua bahan yang ditampilkan pada keseluruhan prosiding
suruhanjaya tersebut, termasuk kesemua penyata bertulis saksi-saksi yang
dipanggil memberi keterangan di dalam prosiding RCI.
Beliau juga memohon deklarasi bahawa laporan suruhanjaya itu
tidak sah dan/atau terbatal dan/atau tidak terpakai sama sekali atas alasan
kegagalan dan/atau kecuaian semua defendan untuk memasukkan keseluruhan nota
prosiding berkaitan dengan keterangan lisan saksi yang dipanggil memberi
keterangan sama ada transkripsi atau rakaman video, semua permohonan dan
hujahan pihak-pihak sama ada hujahan bertulis atau lisan.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel