Connect with us

Berita Lain

Pelepasan Cukai Projek Mega Diberi Sejak Era 1980-an


PUTRAJAYA — Pengecualian cukai kepada beberapa projek besar
milik kerajaan telah diberikan sejak tahun 1980-an dan isu pelepasan cukai
barang dan perkhidmatan (GST) bagi perolehan projek Laluan Rel Pantai Timur
(ECRL) tidak seharusnya diputarbelitkan pihak tertentu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy
berkata pelepasan cukai kepada projek ECRL diberikan dengan mengambil kira
faktor bahawa projek itu dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui
syarikat pelaburan kerajaan iaitu Malaysia Rail Sdn. Bhd.
“Memang benar kerajaan ada bagi pelepasan kepada projek ECRL
kepada syarikat China tetapi kita perlu ingat projek ini kepunyaan Malaysia dan
pemilik sebenar adalah Malaysia yang mana akhirnya dapat manfaat adalah
Malaysia bukan China,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Isu ini tidak seharusnya diputarbelitkan kerana kerajaan
juga telah memberikan pengecualian seperti ini ketika era cukai jualan dan
perkhidmatan (SST) kepada beberapa projek besar ketika tahun 1980-an iaitu
sejak ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Di bawah Insentif Untuk Projek Perkhidmatan Diluluskan
(ASP), duti import dan pengecualian cukai jualan ke atas mesin dan peralatan
telah diberikan untuk projek-projek dalam sektor pengangkutan, telekomunikasi
dan utiliti,” katanya.
Subromaniam berkata syarikat-syarikat telekomunikasi,
pengeluar tenaga bebas (IPP), pelabuhan dan lapangan terbang, kereta api dan
lain-lain adalah di antara penerima manfaat di bawah insentif ini.
“Antara projek-projek besar yang mendapat pengecualian
adalah projek yang melibatkan IPP, Terowong SMART, Stadium Bukit Jalil,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Express Rail Link (ERL),
Transit Aliran Massa (MRT) dan banyak lagi projek-projek lain untuk
mengurangkan impak kos projek,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menegaskan memang
terdapat mekanisme dalam GST yang bertujuan untuk mengurangkan impak golongan
yang disasarkan.
JKDM dari semasa ke semasa akan mempertimbangkan permohonan
pelepasan kepada syarikat yang memohon serta layak,” katanya.
Secara amnya, beliau berkata pelepasan ke atas syarikat
berkenaan adalah bagi memastikan projek strategik ECRL tersebut dapat
dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat yang besar kepada rakyat.
“Sekiranya pelepasan ini tidak diberikan sekalipun, kerajaan
terpaksa menanggung kos GST ke atas perolehan ini di mana kerajaan perlu
menambahkan pinjaman untuk menampung kos atau mengalami kerugian,” katanya. –
BERNAMA


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel