Connect with us

Berita Lain

Hadi: Dr M Punca Kerajaan PAS Gagal Di Terengganu

PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan campurtangan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad atas kegagalan pentadbirannya di Terengganu pada 1999-2004.
“Kegagalan pentadbiran negeri ketika itu disebabkan oleh campur tangan kerajaan persekutuan yang ketika itu dipimpin Dr Mahathir,” katanya lapor Bernama.
“Berlaku kekangan dari segi ekonomi dan pentadbiran dan campur tangan itu bercanggah dengan konsep pembangunan kerajaan negeri pada ketika itu.”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hadi juga menambah banyak hak penduduk Kelantan dinafikan sebab campurtangan kerajaan persekutuan pada zaman Dr Mahathir.
“Namun Kelantan masih berjaya bertahan hingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita selepas ceramah di Kampung Rawai, Kuala Terengganu semalam.
Kelantan ditadbir kerajaan PAS sejak 1990 manakala Terengganu ditadbir parti Islam selama 1 penggal dari 1999 hingga 2004.
Hadi juga menafikan dakwaan mengatakan dia tidak mempunyai kepakaran daam bidang politik dan pentadbiran kerajaan.
“Saya ada sarjana dalam bidang politik Islam, sebab itu parti memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi pemimpin dan menteri besar,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut laporan itu, Hadi memperoleh ijazah Sarjana Siasah Syariah (Sains Politik) di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, pada 1976.
Hadi juga berkata keputusan untuk tidak bertanding DUN Rhu Rendang, Terengganu pada pilihan raya nanti kerana mahu menumpukan pada pentadbiran parti diperingkat kebangsaan.
“Dalam masa sama, saya juga telah dilantik menjadi naib ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan oleh sebab itu, saya rasa tidak wajar untuk saya turut bertanding DUN Rhu Rendang,” katanya.
FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel