Connect with us

Berita Lain

Pakatan Pembangkang Ibarat Rakan Sekatil Yang Pelik – Salleh


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menyifatkan para pemimpin pakatan pembangkang daripada PKR, DAP dan PPBM sebagai rakan sekatil yang sungguh pelik.
Merujuk kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, Salleh berkata sebelum ini mereka bermati-matian ingin menghapuskan satu sama lain, ‘hinggakan kepentingan politik pun tidak boleh menjadi alasan untuk mereka bekerjasama’.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Lebih teruk lagi apabila mereka memberi alasan yang lemah untuk menjelaskan dan mewajarkan pakatan mereka itu. Pada suatu ketika, Anwar, Wan Azizah dan Kit Siang menentang Mahathir atas alasan mereka perlu menyelamatkan Malaysia.
“Sekarang, mereka bersekutu pula dengan Mahathir atas alasan sama iaitu untuk menyelamatkan Malaysia,” kata Salleh melalui catatan terbaru beliau di laman blognya.
Salleh, yang juga Bendahari UMNO, berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya lupa bahawa pada 1993, Lim mengutuk Anwar (menteri kewangan ketika itu) dan menuntut ketua umum PKR itu meletakkan jawatan serta menuduhnya bercakap bohong di Parlimen.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kemudian beliau bekerjasama pula dengan Anwar dan berkata sekiranya pembangkang berkuasa, mereka akan memastikan Mahathir dihukum kerana jenayah yang dilakukannya. Tetapi, sekarang, beliau bekerjasama dengan Mahathir,” katanya sambil menegaskan bahawa perkara itu membuktikan dengan jelas bahawa pakatan pembangkang “menjalin ikatan semata-mata untuk kesenangan”, dengan masing-masing mempunyai agenda sendiri.
Menurut Salleh, pakatan itu bukan berjuang untuk kepentingan negara, tetapi untuk mendapatkan kuasa politik.
“Pakatan pembangkang itu tidak akan kekal lama dan sekiranya mereka berkuasa, negara akan menderita. Inilah hakikat sebenar tentang pakatan pembangkang itu,” katanya.
-BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel