Connect with us

Berita Lain

Jamin Keselamatan Sirul Jika Kembali Ke Malaysia


SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) digesa
memberikan jaminan keselamatan untuk membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan
Khas (UTK), Sirul Azhar Umar ke negara ini.
Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronismes
(C4), Cynthia Gabriel berkata, Sirul Azhar yang dijatuhkan hukuman mati kerana
membunuh model sambilan, Altantuya Shaariibuu 12 tahun lalu, boleh menjadi
saksi utama dalam kes kematian model sambilan itu.

“Tiada sebab dia (Sirul Azhar) duduk di Australia,
tetapi pihak di sana tidak akan menghantar balik (Sirul Azhar ke Malaysia)
kerana telah dijatuhkan hukuman mati.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi kerajaan baharu perlu bagi jaminan keselamatan
dan nyawanya serta perlukan kerjasama untuk menyelesaikan kes kematian
Altantuya,” katanya.
Sirul Azhar melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah
Persekutuan membuat keputusan terhadap kesnya.
Undang-undang negara itu melarang pihak berkuasa memulangkan
seseorang ke negara lain untuk berdepan hukuman mati.
Dalam pada itu, Cynthia juga menggesa kerajaan baharu
membuka semula siasatan ke atas skandal kapal selam Scorpene yang masih belum
ada penyelesaiannya sehingga kini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Skandal kapal selam ini sudah lama dan ia melibatkan
kehilangan jumlah wang yang besar. Saya harap, kes ini dibuka semula dan
Kementerian Pertahanan pimpinan Mohamad Sabu serta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama dalam hal ini.
“Menteri Pertahanan yang baharu memang sedia maklum
dengan skandal kapal selam ketika beliau masih dalam parti pembangkang lagi dan
ia melibatkan jenayah rasuah yang cukup besar,” katanya.
Beliau turut mendesak kerajaan menyiasat semula kes skandal
besar termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih menjadi tanda
tanya sehingga kini.



– Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel