Connect with us

Berita Lain

Pelantikan MB Bukan Untuk Puak Tertentu: Raja Perlis


KANGAR – Raja Perlis, 
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah  menegaskan bahawa pelantikan menteri
besar  akan dibuat berpandukan
undang-undang tubuh kerajaan negeri dan tidak akan dibuat untuk memenuhi kepentingan
seseorang individu atau puak tertentu.
Menurut baginda menteri besar yang dilantik kelak mestilah
boleh melaksanakan projek pembangunan 
yang dirancang berikutan Perlis kini menjadi negeri pembangkang setelah
BN tewas kepada  Pakatan Harapan (Harapan)
pada Pilihan Raya Umum  ke-14 (PRU14)
Rabu lepas.

“Keputusan yang akan saya buat nanti adalah atas  nama rakyat,” titah baginda yang sedar bahawa
rakyat dalam kegelisahan kerana jawatan itu masih belum dipenuhi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Baginda menasihatkan rakyat supaya bersabar menunggu
pelantikan itu.  
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah menutup program Perkampungan
Sunnah di Masjid Alwi di sini, malam tadi.
Program siri kelima itu bermula Jumaat lepas turut dihadiri
umat Islam dari beberapa negara antaranya Singapura, Brunei, Thailand dan
Indonesia.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan
Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat
sama pada majlis itu.
Berikutan PRU14, Perlis kekal di bawah penguasaan BN yang
memenangi 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri. Jawatan menteri besar
sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Azlan Man.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan
Kassim dilaporkan  mempersembahkan
beberapa nama termasuk adiknya Datuk Ismail 
Kassim kepada Tuanku Syed Sirajuddin 
Sabtu lepas untuk mendapat perkenan baginda.
“Ada beberapa nama dibawa kepada saya tetapi saya tidak
dapat buat keputusan kerana  tidak  mengenali 
mereka langsung.
“Pihak yang menang sepatutnya bawa calon-calon mereka untuk
diperkenalkan supaya mudah untuk saya membuat keputusan tetapi perkara itu
tidak dilakukan,” titah baginda.
Pada 2008 pelantikan menteri besar mengambil masa hingga dua
minggu.
Dalam pada itu, baginda berharap Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad tidak meminggirkan Perlis sebagai negeri pembangkang.
Baginda mengucapkan tahniah kepada PH atas kemenangan mereka
pada PRU14. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel