Connect with us

Berita Lain

Pensyarah ‘Terkucil’ Terima ‘Renungan Maut’ Dr M Letak Jawatan


Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff yang tular di
media sosial susulan forum yang membincangkan usia Tun Dr Mahathir Mohamad dan
kelayakannya menjadi perdana menteri sebelum ini, telah meletakkan jawatan
sebagai pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN).
Dalam forum anjuran Sinar Harian itu, Kamarul dikatakan
‘terkucil’ selepas Dr Mahathir yang belum menjadi perdana menteri Malaysia
ketujuh ketika itu hadir mengejut dan memberi ‘renungan maut’ kepadanya selepas
selesai forum.
“Tidak saya nafikan walau ke mana pun saya pergi
selalunya saya akan ditegur oleh mereka yang saya tidak kenali di atas sifat
saya selaku ahli akademik yang (kononnya) terkucil di hadapan Tun Dr Mahathir
Mohamad,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kamarul juga mengaku bahawa namanya sering dikaitkan sebagai
pengkritik Pakatan Harapan, gabungan parti yang kini menjadi kerajaan
menggantikan 61 tahun pemerintahan BN dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu.
“Seperti saya sebutkan sebelum ini, saya tidak
mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam membuat komen malah tidak bimbang
pun dengan sebarang tindakan yang mungkin akan dikenakan ke atas saya oleh
mana-mana pihak kerana rezeki adalah milik Allah.
“Malah, untuk memudahkan urusan semua pihak, saya
dengan sukarela mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengarah Institut Kajian
Politik Malaysia (MAPAN), UUM, berkuatkuasa pada hari pertama pejabat dibuka
selepas PRU 14, iaitu 14 Mei 2018,” katanya pensyarah Universiti Utara
Malaysia (UUM) itu.
Tambah Kamarul, pandangan kritikalnya terhadap Dr Mahathir
juga menyebabkan ramai warga UUM tidak selesa kerana beranggapan nama UUM dan
nama mereka turut terjejas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua
warga UUM yang tidak selesa kerana beranggapan nama UUM dan nama mereka turut
terjejas dengan tindakan saya yang kritikal terhadap Dr Mahathir dan HARAPAN.
“Perlu saya tegaskan bahawa kesemua tindakan saya
tersebut, apatah lagi segala tulisan saya dalam Facebook saya, adalah dibuat di
atas kapasiti peribadi saya dan tidak melibatkan mana-mana pihak di dalam
UUM,” katanya.


Kamarul juga menafikan dakwaan bahawa dia tidak pernah
melakukan sebarang kaji selidik ke atas isu politik negara, selain menegaskan
pernah beberapa kali mengkritik kerajaan BN.
Pada forum Sinar Harian pada 22 Mac lalu, Kamarul berhujah
bahawa Dr mahathir tidak layak menjadi perdana menteri.
Kemunculan mengejut Dr Mahathir di forum itu dan duduk di
kerusi barisan depan menyebabkan Kamarul kelihatan kekok. Dalam sesi bergambar
Dr Mahathir dilihat memberi ‘renungan maut’ kepada Kamarul yang dilihat
tertunduk.



Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel