Connect with us

Berita Lain

TPM: PERMATA Diteruskan, Tetapi Perlu Diaudit


Program Permata Negara (PERMATA) yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diteruskan oleh
kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Walau bagaimanapun, Program Permata Negara (PERMATA) itu perlu diaudit
terlebih dahulu dalam segenap aspek, 
termasuk yang melibatkan peruntukan, keberkesanan
kos dan hasil program.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“PERMATA merupakan salah satu program yang saya bawa kepada
perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kita akan audit kerana
ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak.
“Ini kita teruskan untuk kanak-kanak tingkatkan kemahiran
mereka kerana matlamatnya adalah suci murni.


“Kalau apa yang baik, kita teruskan,” katanya kepada
pemberita di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.
Memetik portal Malaysiakini, Wan Azizah berkata, beliau dan Dr Mahathir berpandangan
bahawa PERMATA lebih relevan untuk berada di bawah kementerian itu memandangkan
ia melibatkan usaha-usaha meningkatkan perkembangan kanak-kanak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau sebelum itu mengulas gesaan Rosmah agar kerajaan baru
Pakatan Harapan akan meneruskan program berkenaan.
Wan Azizah hari ini memulakan tugas sebagai timbalan perdana
menteri. Beliau tiba di pejabat TPM di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada
jam 10 pagi dan disambut warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diketuai
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel